Ini adalah versi karat selepas 7 tahun berkhidmat pada sebuah Proton Wira Aeroback.

Sekiranya berlaku proses pengaratan atau saintis sains bahan kenali sebagai corrosion, iaitu apabila wujudnya agen oksidan seperti oksigen dan air, kedua-dua besi ini tidak akan bergesel dan menyebabkan brek anda keras tak bekerja.
Inilah yang berlaku pada cikgu hari ni ye murid-murid.
Cikgu telah bertukar kepada brake hub dan shoe yang baru dan berkilau-kilau seperti rajah di bawah:

Owh silap. Ini model brake hub bersama bahan yang diiklankan dan siap dipasang.

Ini brake hub baru cikgu dan diharap mampu bertahan selama 7 tahun lagi. Pesanan penaja dari Kilang Pembuat Brake Hub: Lindungi brake hub anda dari air hujan. Sila parking reverse di porch rumah anda jika awning tidak cukup panjang untuk melindungi sebijik kereta.
Lepas melayang hampir $500 harini, angan-angan nak angkat lens kamera baru juga terbang melayang bersama-sama. Baru je dapat offer harga baik Nikkor lens 55-200mm yang tak sampai $500. Offer tu mungkin rezeki orang lain. Takpelah. Verangan cukup lah.

Goodbye darling (*_*)
There's always a lesson to be learned, everyday. Move on!
