Sepanjang minggu ni, kami dua beranak berkampung kat rumah K Ujie kat Bandar Seri Putra, Bangi. Abah mummy turun KL weekend lepas. Seronok Cik Aimi Husna bila aku kemas barang-barang dia dan cakap Tok Bah datang.
Isnin, Selasa dan Rabu dia tak gi sekolah. Main dengan Ati je kat rumah ni. Tok Bah pun tak bagi aku bawak dia. Sian kot. Jadi 3 hari tu aku berulang dari Bangi ke Shah Alam. Agak .... la jugak memandangkan 55km sehala dan tol dekat 7 hengget sehala. Tapi takpela untuk tengok dia happy, benda lain tak penting sangat. Penat pun takpela. 3 hari je pun keje.Pastu dah cuti berderet-deret sempena Tahun Baru Cina ni. Ikutkan aku nak balik KB. Macam-macam leh makan kat sana haha.
Aku dapat laporan sepanjang 3 hari ni, Cik Aimi Husna selalu buli Ati. Ati anak kakak aku. Lahir tahun sama dengan Aimi tapi Ati tua beberapa bulan. Badan dia besar 2x dari Aimi. Berani dia buli mek tu. Ati tu baik hati ngalah je dengan dia. Tiap kali kena marah kat Aimi dia merajuk jatuh berguling-guling. Haha. Sian Ati. Tapi hari ni aku tengok dia cam menyampah dah kat Aimi. Malas dah nak layan. Dah banyak kali aku sound Aimi. Janganla besar jadi kaki buli.
Lagi 3 hari cuti. Malas sungguh nak start balik sekolah macam biasa.
Kalaulah,
duit tu buleh dicop je.......alangkah..
