Wednesday, December 15, 2010

Lelaki botak

Cik Aimi Husna.
Tengok Buletin Utama. Keluar gambar Pengarah Kastam Negeri ..tuuuut.. (rahsia ye).
Immediately she pointed at that guy and said "Botak! Botak!Pakcik ni botak."

Kahkahkah.
Tak tahan weh aku nak gelak.
Jangan kata kat orang secara live cukupla nak oi.

Saturday, December 11, 2010

Mengapa Hawa tercipta saat Adam tertidur dan Hawa melahirkan saat dirinya terbangun?

Seorang laki-laki jika dia kesakitan, maka dia akan membenci. Sebaliknya wanita, saat dia kesakitan, maka semakin bertambah sayang dan cintanya,, Seandainya Hawa diciptakan dari Adam As saat Adam terjaga, pastilah Adam akan merasakan sakit keluarnya Hawa dari sulbinya, hingga dia membenci Hawa. Akan tetapi Hawa diciptakan dari Adam saat dia tertidur, agar Adam tidak merasakan sakit dan tidak membenci Hawa. Sementara seorang wanita akan melahirkan dalam keadaan terjaga, melihat kematian dihadapannya, namun semakin sayang dan cinta nya kepada anak yang dilahirkan bahkan ia akan menebus nya dengan kehidupannya.

Sesungguhnya Allah menciptakan Hawa dari tulang rusuk yang bengkok yang tugasnya adalah melindungi Qalbu(jantung, hati nurani). Oleh karena itu, tugas Hawa adalah menjaga qalbu. Kemudian Allah menjadikan nya bengkok untuk melindungi qalbu dari sisi yang kedua. Sementara Adam diciptakan dari tanah, dia akan menjadi petani, tukang batu, tukang besi, dan tukang kayu. Wanita selalu berinteraksi dengan perasaaan, dengan hati, dan wanita akan menjadi seorang ibu yang penuh kasih sayang, seorang saudari yang penyayang, seorang putri yang manja, dan seorang istri yang penurut.

Dan wajib bagi Adam untuk tidak berusaha meluruskan tulang yang bengkok tersebut, seperti yang dikabarkan oleh Nabi Muhammad SAW, “jika seorang lelaki meluruskan yang bengkok tersebut dengan serta merta, maka dia akan mematahkannya.” Maksud nya adalah dengan kebengkokan tersebut adalah perasaan yang ada pada diri seorang wanita yang mengalahkan perasaan seorang laki-laki.

Maka wahai Adam janganlah merendahkan perasaan Hawa, dia memang diciptakan seperti itu. Apabila seseorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitikkan airmata, itu berarti dia sedang menangis di dalam hatinya. Apabila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik beri dia waktu untuk menenangkan hatinya sebelum kamu meminta maaf. Dan wanita sulit untuk mencari sesuatu yang dia benci untuk orang yang paling dia sayang.

Friday, December 10, 2010

Hanya Ingin Kau Tahu



Lagu ni indah sangat.
Kena sangat la dengan mood nak belajar piano ni hahaha.
Darah seni sangat mendalam ye!

Thursday, December 9, 2010

Impian saya =D

Aku ada satu impian yang boleh dianggap merepek jugak la. Nak belajar main piano. Hahaha tolonglah gelak.

Dulu zaman sekolah rendah ada subjek muzik. Bukan belajar muzik yang nyanyi lagu Bunga Matahari Sangat Cantik tu ok! Ni betul nyer subjek muzik belajar baca nota muzik dan belajar tulis. Basic tu aku ada deh! Setakat nak baca note tuh akur eti lagi. Agaknya la tua-tua esok aku buleh jadi Saari Amri ke...hahhaa.





Kat umah K Ujie ada clavinova. Ada la aku belajar skit-skit dengan Izzah. Dia pun dah berape tahun amik kelas piano tak naik-naik grade lagi. Pemalas sungguh. Baik bagi aku je attend kelas tu..huhu.

Nak main satu lagu kat Cik Aimi Husna!

Wednesday, December 8, 2010

Progress kanak-kanak berumur 2 tahun

Cik Aimi Husna dah 2 tahun 2bulan. Dah boleh cakap dalam ayat yang lengkap. Cuma kalau ayat tu panjang sangat, ada perkataan yang tersangkut dan kena berenti beberapa harkat untuk tarik nafas. Hahaha funny ok! Cute je dengar suara kecil tu bertutur.

Antara conversation aku dan Cik Aimi Husna which I do think were so sweet and tickle my heart everytime I miss her.

Situasi 1
Aku : Adik, jom gi toilet jap.
Dia ikut je sambil aku pimpin.
Aku : Alamak, toilet laki la dik.
Cik Aimi : Haa? Mama tak boyeh toilet. Sian mama.

Situasi 2
Aku : Nanti besar Aimi nak jadi ape?
Cik Aimi : Haaa?
Aku : Nanti besar Aimi nak jadi ape? Doktor?
Cik Aimi : *Geleng*
Aku : Tanak? Cikgu?
Cik Aimi : *Geleng*
Aku : Tanak jugak? Pilot?
Cik Aimi : *Geleng*
Aku : Aik.. pastu nak keje ape? Tanak keja? Nak jaga mama je?
Cik Aimi : *Angguk*

Situasi 3
Aku : Nak gi dah. Jom!
Cik Aimi : Nak bawak ni lah *sambil amik Mother Duck dia*
Aku : Mother duck ikut jugak?Ok lah
Cik Aimi : Eh barney pun nak bawaklah. Eh bawak ni jugak lah *amik Mickey Mouse*
Eh big bird ikut jugaklah.
Aku : *tengok je*
Cik Aimi : Mama bawak basikal.
Aku : Eh nak gi sekolah je la. *toing*

Situasi 4
Aku : Adik, Mickey Mouse ni nak makan ape?*sambil tunjuk kat Minnie Mouse*
Cik Aimi : Bukan, Minnie Mouse la.
Aku : *Bodohnya aku*

Situasi 5
Cik Aimi : Mama, mana Babah?
Aku : Babah dah naik aeroplane kan semalam. Adik gi anta, ingat?
Cik Aimi : Naik aeroplane, gi blaja? Jauh?
Aku : Aah
Cik Aimi : Sian Aimi takde babah.
Aku : *no komen*

Situasi 6
Cik Aimi : Mama, sikat dambut. Macam princess.
Aku : Mama macam princess ke dik?
Cik Aimi : Tak. Aimi princess.
Aku : *Baiklah*

Situasi 7
Cik Aimi : Ehh eeehh *merengek ye*
Aku : Nape tu?
Cik Aimi : Ni...*tunjuk kat mainan, tersangkut ghupenye*
Aku : Ooo mari mama buat.
Cik Aimi : Haaa pandai mama.
Aku : *hihihi*

Tuesday, December 7, 2010

$$$$$$

2 ekor New Zealand White Rabbit = RM180 x 2 = RM 360
4 ekor tikus Sprague Dawley = RM38 x 4 = RM 144
TOTAL = RM 500

Ini untuk 2 orang student.
Ada lagi 2 orang kena pakai benda yang sama.

"Kitorang nak buat cepat, kalau boleh masa cuti sem ni" kata diorang la.
Cuti sem tinggal tak sampai sebulan.
Nak proses local order berapa bulan la baru settle.

So, sila pertimbangkan untuk guna cash.

Gaji bulan ni berapa hari bulan ntah.
Hari ni baru berapa hari bulan ntah.


Promotion Corelle bulan ni je. Tahun depan dah kira harga lain.
Hahaha.


Sapa kata duit tak penting???

Menyusu selepas 2 tahun??

Ada seseorang yang sangat bijak pandai bagitau aku, bila menyusukan anak dan anak dah boleh cakap susu mak dia tu sedap, kita perlu serta merta berenti susukan dia. Cerai susu la maksud dia. Dengan sangat yakin dan sambil ulang-ulang statement yang sama berkali-kali. Rasanya dia mengharapkan jawapan "Ok akak berenti la nyusu pasni" dari mulut aku.

Nak jugak aku tau betul ke?
Sebab dia baru berentikan anak dia dari breastfeed dengan alasan nanti keluar ulat!

Thursday, December 2, 2010

Petua Agar Anak Ikut Cakap Ibubapa

1.Setiap pagi, sebelum pergi sekolah, anda berdiri di belakang anak dan kedua-duanya (anak dan ibu atau bapa) menghadap kiblat.

2.Letakkan kedua-dua telapak tangan ibu/ayah yang dirapatkan atas kepala anak tanpa sentuh kepala lebih kurang 1 inci dari rambut.

3. Bacakan al Fatihah dan Alam-nash-rah... hingga habis.

4. Niat dalam hati mohon pada Allah: "Ya Allah permudahkanlah anak aku ini untuk belajar dan diterangkan hati, lembutkan hati dan ditetapkan iman dan mohon anak aku ini mendengar cakap ibu bapanya".

5. Kucup dahi anak dan biarkan dia pergi ke sekolah. Telapak tangan anda (ibu/bapa) ada aura dan gunakannya sebaik-baiknya.