Sunday, December 13, 2009

Kegunaan walker

Walker digunakan untuk belajar jalan
Macam ni....
Tapi kalau dah boleh jalan
apa nak buat dengan walker tu???
Oooh jangan risau
boleh main cara lain plak
macam ni....
Asal bahagia....

Wednesday, December 9, 2009

Aging??

Hari ni aku rasa aku dah sangat sangat sangat menghampiri usia tua.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
So sad!

Tuesday, December 8, 2009

Kecederaan Obu

Hi nama saya Obu
Saya merupakan penghuni tetap rumah no 2* Jalan Gamelan *, Bandar Bukit Raja, Klang
Saya dilahirkan di rumah no 2* Lorong Bentara 5, Bertam Perdana, Kepala Batas
Tapi kerana mengikut tuan saya berpindah ke sini, sebab itulah saya muncul di Klang ni
Semasa saya di Kepala Batas, saya pernah berkenalan dengan beberapa ekor haiwan yang bernama anjing
Anjing di sana baik-baik belaka
Semua boleh berkawan-kawan dengan kami geng kucing-kucing
Tapi agak malang untuk saya bila berpindah di Klang
Hari pertama saya pindah, sekumpulan anjing telah datang melawat rumah kami
untuk memberi amaran kepada kami
supaya jangan berlebih-lebih di kawasan mereka
Tapi saya tak peduli
Saya perlu menjaga rumah tuan saya yang baik hati ini
juga menjaga anak tuan saya yang masih kecil itu
Saya telah diserang oleh mereka
dan saya telah mengalami kecederaan parah pada montot
pedih pedih...
Tuan saya telah membawa saya ke klinik
untuk dicukur bulu oelh India penjaga kedai yang tak tahu berbahasa malaysia atau inggeris itu
Tuan saya sangat terkejut beruk melihat luka yang sangat besar itu
kerana sebelum dicukur, lukanya tidaklah nampak parah
Handal kan dia bercukur??
Pedih pedih lagi...

Saya ditinggalkan di klinik tu selama 5 hari
Doktor di klinik tu telah mencucuk saya beberapa kali dengan jarum
dan saya diberi ubat makan dan dicuci luka itu oleh India tersebut
seksa je saya rasa kena kurung kat klinik tu
udah la ada bunyi anjing
mungkin ada anjing yang menerima nasib yang sama seperti saya

Pulang dari klinik, tuan saya pula mengurung saya
tapi kali ini lebih selesa kerana sangkarnya lebih besar
tuan saya kata dia perlu jaga samapai luka saya sembuh sepenuhnya
dia sanggup tidak pulang ke kampungnya yang jauh itu untuk berhari raya

Hari ini saya lihat tuan saya sungguh gembira
luka itu sudah hampir sembuh
tuan saya kata "wah cepat sungguh luka tu baik ye"
inilah hasil jagaan tuan saya ke atas saya

Kulit saya yang terkopak sudah bertaut kembali
Dan saya sudah mampu tersenyum riang =D

Thursday, December 3, 2009

Cik Aimi ku dah besar

2009 dah nak ke hujung. Dah nak masuk setengah tahun Cik Aimi Husna tinggal kat taska UiTM. Macam-macam dah susah senang aku lalui masa nak tinggalkan dia kat situ setiap pagi. Biasalah budak mana suka duduk tempat yang dia tak familiar. Masa tu dia dah 8 bulan, tak nak hisap susu dalam botol dan tak pernah tinggal dengan orang lain sebelum tu.

Nak tinggal setiap pagi mesti nangis. Hari-hari gi keje tok sah cerita la tak tenangnya hati. Mikirkan dia ngamuk dengan cikgu yang nak membotolkan dia, pikir kot dia lapa ke gian ke, pikir dia memberontak tak nak makan..haih. Lemas gak la otak aku zaman itu. Tambahan tak de tempat nak kongsi kegusaran hati bila Incik Kadok jauh di seberang laut.

Tapi zaman sekarang sudah berubah. Cik Aimi Husna dah mampu mengharungi semua kesukaran berjauhan dengan susu dia yang amat dia sayang itu (huhu) selama aku gi kerja. Dia boleh minum Milo kotak, Solivite dan air masak untuk bertahan sebelum dapat susu segar dari ladang. Dia dah mampu membiasakan diri dengan semua cikgu kat taska. Cik Aimi Husna sudah mampu berjalan dan berlari untuk menyelamatkan diri dari kawan-kawan yang berpotensi nak membuli. Sekarang dia pulak yang dah pandai membuli orang..risau gak aku pikirkan bende ni. Harap-harap itu cara dia survive dengan persekitaran. Dan mintak-mintak tak lama la dia ada peel tu.

Hari ni umur dia 14 bulan setengah. Dia dah mampu buat macam-macam benda yang sangat mengkagumkan aku. Cepat sungguh rasanya dia besar. Yang paling menggembirakan aku, dia dah tak menangis bila aku tinggalkan dia setiap pagi. Hari ni hati aku lebih tenang kalo nak banding 6 bulan lepas. Semua susah yang memang sangat susah tu dah berlalu. Semua tu mengajar aku untuk hadapi kesusahan hari ni dan esok dengan lebih tenang dan tabah.

Aku sangatlah menghargai jasa cikgu-cikgu kat taska itu yang dah jaga dia sebaik mungkin. Tak terbalasla jasa diorang dengan yuran RM200 sebulan tuh. Kadang-kadang rasa macam hari-hari aku nak belanja diorang makan. Allah juga lah yang akan balas kebaikan diorang semua.

Tuesday, December 1, 2009

Mak bizi tak hengat, nyah!

Sibuknya aku di bulan November. Ingatkan masa budak exam bolehla bertenang. Rupanya kena jaga exam. Melangut tengok budak-budak perah otak jawab exam. Sampai rasa penat ngalahkan aku pulak yang amik exam. Mengantuk tu biasa la..especially kalo turn waktu petang. Nak mengabihkan 3 jam tu azab yang amat. Nak lepak sambil baca-baca pun tak leh. Mata nak kena pandang budak-budak tu je. Kalau kena turn kat dewan blok F kat bawah bukit tu, huh jenuh nak menolak troli buku jawapan. Dah le bukit, senget lak. Penah jalan atas bukit yang senget dengan memakai high heels. Rasanya nak je gi beli kasut sekolah kaler putih masa tuh.

Pastu marking paper BCM301. 70 skrip semua. Nak baca satu-satu ayat bebudak ni dengan tulisan macam-macam pesen tu, sangatlah memakan masa aku yang belum pakar bab ni. Aku ada amik paper BIO dari kolej francais. Diorang bayar 6 hengget/ skrip. Ingatkan kena tanda free je. Dah settle pasal marking dan proses masuk markah yang agak complicated itu, aku rasa aman. Sebab semua keje wat last minit. Kalut tak hengat la. Sampai membakar lampu minyak tanah nak siapkan marking. Lepas proses markah ni, kejar dateline untuk proposal FRGS plak. Dateline semua mende dekat-dekat dan aku wat keje semua last minit...huhu peluh kau!

Hari ni aku dalam mode bertenang sebab semua benda yang perlu dikejar datelinenya dah beres. Ada lagi yang kena siapkan tapi dateline tak berapa nak kuat untuk mengkalutkan aku siapkan seawal mungkin. Last minit jugak la tuh nanti jawabnya. Harini aku dah dapat meja sendiri lepas 5 bulan keluar masuk libri guna bilik karel. Meja kecik je pun, cubicle je. Itu pun sebab budak baru masuk keje tu yang cakap ada meja kosong kat Bilik Kaca OM. Hopeless tul la aku neh. Nape nama dia bilik kaca?? aku pun tak tau. Sebab dia tutup ngan kaca kot. Ni pun tak lama, nanti kitorang kena blah jugak bagi admin wat ofis kat sini sebab diorang dah kena marah ngan audit yang datang aritu selekeh sangat pejabat. Kesimpulannya, orang admin lagi organize dari kitorang ni. Masa aku gi Canseleri aritu pun terkesima tengok meja kerani Pejabat Pendaftar yang besar tak hengat. Gitulah nasib bila kerja di FS* (tuttt bukan nama sebenar).