Monday, July 13, 2009

::Cik Aimi Husna ku sayang::


Hari minggu hari yang sungguh aman damai sebab tak perlu ke mana-mana. Hanya meluangkan masa main dengan dia. Dia makin manja dan nakal. Abah dengan mummy aku balik Kelantan hari sabtu. Tinggal la kami berdua lagi.

Tapi aku tak kesunyian sebab ada dia. Dia penghibur hati aku biar apa pun yang dia buat. Dia makin besar dan kuat untuk kaji semua benda yang ada dalam rumah. Untuk panjat turun sofa dan panjat naik kerusi meja makan. Untuk merangkak ke ceruk yang jauh dari pandangan mata aku dan main kabel letrik yang sentiasa aku off sebab aku dah tau apa yang dia akan buat nanti. Untuk merangkak ke dapur bermain dengan penyapu. Aku pun tak tahu apa yang best sangat. Perajin kot. Dia pandai membezakan perkara yang nak dibuatnya itu rahsia dan aku tak perlu tahu. Jadi dia perlu buat tanpa aku perasan. Dan bila disergah dia akan tersenyum nakal dan cuba membodek aku. Aimi..aimi..besar sudah wahai anakku.
Untuk melepaskan aku dan ditinggalkan di taska pada hari isnin adalah perkara yang terakhir yang Cik Aimi Husna mahu. Lepas hampir 2 minggu di sana, hampir setiap pagi dia akan menangis bila aku nak tinggalkan dia.
"Aimi, kalaulah boleh mama kendong Aimi macam mama dah kendong selama 9 bulan dulu..100 tahun lagi pun mama sanggup. Hanya untuk lihat Aimi senyum."

3 comments:

e.l.i.s.s.m.i.e said...

alahai..nuha pun sama tengah melasak..mlm tadi asyik berkepit dengan abahnya..aku tersenyum..lega..hahahaha

MamaAimy said...

samalah dgn Aimy...makin aktif... tgn kaki x penah dok diam... klu dok nursery bergaul dgn kwn2...camnerlah agaknyer...

Cik Aimi Husna said...

uit ngumpat aimi eh...

Post a Comment