
Hi nama saya Obu
Saya merupakan penghuni tetap rumah no 2* Jalan Gamelan *, Bandar Bukit Raja, Klang
Saya dilahirkan di rumah no 2* Lorong Bentara 5, Bertam Perdana, Kepala Batas
Tapi kerana mengikut tuan saya berpindah ke sini, sebab itulah saya muncul di Klang ni
Semasa saya di Kepala Batas, saya pernah berkenalan dengan beberapa ekor haiwan yang bernama anjing
Anjing di sana baik-baik belaka
Semua boleh berkawan-kawan dengan kami geng kucing-kucing
Tapi agak malang untuk saya bila berpindah di Klang
Hari pertama saya pindah, sekumpulan anjing telah datang melawat rumah kami
untuk memberi amaran kepada kami
supaya jangan berlebih-lebih di kawasan mereka
Tapi saya tak peduli
Saya perlu menjaga rumah tuan saya yang baik hati ini
juga menjaga anak tuan saya yang masih kecil itu
Saya telah diserang oleh mereka
dan saya telah mengalami kecederaan parah pada montot
pedih pedih...
Tuan saya telah membawa saya ke klinik
untuk dicukur bulu oelh India penjaga kedai yang tak tahu berbahasa malaysia atau inggeris itu
Tuan saya sangat terkejut beruk melihat luka yang sangat besar itu
kerana sebelum dicukur, lukanya tidaklah nampak parah

Handal kan dia bercukur??

Pedih pedih lagi...
Saya ditinggalkan di klinik tu selama 5 hari
Doktor di klinik tu telah mencucuk saya beberapa kali dengan jarum
dan saya diberi ubat makan dan dicuci luka itu oleh India tersebut
seksa je saya rasa kena kurung kat klinik tu
udah la ada bunyi anjing
mungkin ada anjing yang menerima nasib yang sama seperti saya
Pulang dari klinik, tuan saya pula mengurung saya
tapi kali ini lebih selesa kerana sangkarnya lebih besar
tuan saya kata dia perlu jaga samapai luka saya sembuh sepenuhnya
dia sanggup tidak pulang ke kampungnya yang jauh itu untuk berhari raya
Hari ini saya lihat tuan saya sungguh gembira
luka itu sudah hampir sembuh
tuan saya kata "wah cepat sungguh luka tu baik ye"
inilah hasil jagaan tuan saya ke atas saya

Kulit saya yang terkopak sudah bertaut kembali

Dan saya sudah mampu tersenyum riang =D